Categories
SELANGOR

DNS beri kefahaman, dedah reformasi sejak 2008

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 JUN: Kerajaan Negeri berusaha memberi pendedahan kepada rakyat berkenaan peranan Dewan Negeri Selangor (DNS), kata Speakernya, Hannah Yeoh.

Hannah berkata, orang ramai yang berminat membuat lawatan ke DNS digalak berjumpa Adun kawasan masing-masing dan mengemukakan hasrat itu.

“Ahli Majlis boleh menganjurkan lawatan itu. Mereka hanya perlu menghantar surat kepada pejabat speaker dan kami akan usaha mengaturkan sesi berkenaan,” katanya.

20150612_102428_resizedBeliau berkata demikian selepas sesi taklimat lawatan 143 penduduk Kinrara, Puchong di Bangunan DNS, di sini, hari ini.

Delegasi itu membuat lawatan bagi mendapat pendedahan bagaimana Adun membincangkan isu semasa ketika persidangan DNS dijalankan.

Hannah berkata, sesi taklimat diberi kepada mereka berkenaan reformasi yang dibuat sejak tahun 2008.

“Ini adalah salah satu usaha mendekati penduduk kerana DNS tempat perbincangan hal ehwal rakyat di Selangor.

“Selain itu, kita ingin memberi pendedahan kepada orang ramai supaya mereka faham peranan DNS,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.