Categories
SELANGOR

Exco: Bantuan ikut keperluan infra sekolah

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 JUN: Kerajaan Negeri menyalur peruntukan RM10.1 juta kepada 466 sekolah berdasar keperluan infrastruktur dan bilangan pelajar.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pemilihan juga dilakukan mengikut keadaan terkini sekolah, selain borang permohonan yang diserahkan dengan bukti gambar.

10403359_941954195855004_3981131162532819139_nKatanya, antara sekolah yang dipilih adalah Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

“Sekolah ini disaring berdasar keperluan infra. Bantuan ini lanjutan daripada penyerahan bantuan oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali di Gombak, bulan lalu,” katanya dalam kenyataan.

Nik Nazmi berkata, Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius perkembangan sektor pendidikan di negeri itu.

“Bak kata pepatah ‘melentur buluh biar dari rebungnya’. Generasi hari ini adalah generasi ‘Y’ dengan pendedahan sangat meluas dalam kepesatan sains dan teknologi tanpa sempadan,” katanya.

11180625_927370720646685_2082354376812938723_nBeliau yang juga Adun Seri Setia  berkata, peruntukan Program Bantuan Sekolah Kerajaan Selangor masih berbaki bertujuan persediaan jika terdapat sebarang bencana di sekolah terbabit.

Katanya, ia juga membolehkan sekolah yang belum menerima bantuan infra membuat permohonan baru mengikut keperluan.

Sementara itu, wakil Sekolah Pondok Moden Nurul Saadah, berkata kaedah pengagihan mengikut daerah adalah satu pendekatan baru yang baik.

“Kami berpuas hati kerana ia memudahkan sekolah dan memang lebih selesa jika dilakukan begitu,” katanya.

Wakil SJKC Simpang Morib, berkata pihak sekolah akan menggunakan dana bantuan untuk meratakan padang berlubang dan membuat longkang sekeliling kawasan itu disebabkan banjir.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.