Categories
NASIONAL

Gabungan 5 muka lama, 13 baru warnai barisan AJK Kerja PAS Pusat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 5 JUN: Seramai 13 muka baru berjaya memenangi pertandingan bagi merebut kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berbanding lima lagi sahaja penyandang yang berjaya mempertahankan kerusi masing-masing.

Lima AJK Kerja PAS Pusat berjaya mempertahankan kerusi masing-masing adalah Nasruddin Hassan Tantawi, Dr Ridhuan Mohd Noor, Nik Zawawi Salleh, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dan Mazlan Aliman.

muktamar pasAntara muka baru mendapat tempat di hati perwakilan muktamar kali ini, Datuk Nasruddin Daud, Solehin Muhyi, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Zaharuddin Mohamad dan Mokhtar Senik.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan PAS bagi jawatan AJK Kerja PAS Pusat bagi penggal 2015-2017.

1. Nasruddin Hassan Tantawi – 782 undi (K)
2. Dr Ridhuan Mohd Noor – 782 (K)
3. Datuk Nasruddin Daud – 777 (B)
4. Solehin Muhyi – 763 (B)
5. Nik Zawawi Salleh – 749 (K)
6. Datuk Dr Khairuddin Aman Razali – 736 (K)
7. Datuk Dr Fadhli Hasan – 722 (B)
8. Datuk Abdullah Hussin – 679 (B)
9. Razman Zakaria – 674 (B)
10. Dr Mohd Zuhdi Marzuki – 670 (B)
11. Zaharuddin Mohamad – 661 (B)
12. Mokhtar Senik – 656 (B)
13. Dr Ali Akbar Gulasan – 596 (B)
14. Mazlan Aliman – 593 (K)
15. Dr Rosni Adam – 590 (B)
16. Mohd Noor Mohamad – 556 (B)
17. Muhamad Sanusi Md Nor – 556 (B)
18. Nor Azli Musa – 544 (B)

* K – Kekalkan jawatan (5)
B – Baru (13)

Sementara itu antara yang gagal mengekalkan kerusi masing-masing pada pemilihan kali ini, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Khalid Abdul Samad dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Turut tewas dalam pertandingan melibatkan 55 pesaing ini, Dr Hatta Ramli, Dr Azman Ibrahim dan Abd Ghani Samsudin.

Pengumuman keputusan dibuat pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi kira-kira jam 12.15 malam tadi di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.