Categories
SELANGOR

GST: Peniaga bazar tanggung kenaikan, kurang keuntungan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 JUN: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) memaksa para peniaga menanggung kos berkenaan dan mengurangkan margin keuntungan.

Peniaga makanan di kantin, Mohd Sambri Miah, 55, mengakui modal yang dikeluarkan sejak GST meningkat begitu mendadak.

MOHD SAMBRI MIAH ,NIAGA KUIH 55 THN.“Tetapi kita terpaksa menanggung modal, jika tidak bagaimana hendak berniaga,” katanya yang berniaga kuih muih sempena bulan Ramadan.

Semalam, Selangor Kini melakukan tinjauan di Bazar Ramadan Seri Muda di sini sempena Kempen Keselamatan Bazar Ramadan yang disempurnakan Exco Kerajaan Negeri, Dr Daroyah Alwi.

JAMIR PIMOON 39 NIAGA AIRBerkongsi pendapat sama, Jamir Pimoon, 39, yang berniaga aneka minuman berkata kehadiran GST memberi ‘makna besar’ kepada peniaga kecil sepertinya.

“Bila cukai baru ada, bermakna semua naik, modal, sewa dan sebagainya. GST itu akhirnya kita yang tanggung,” katanya yang lebih dikenali dengan jolokan ‘Abang Koboi’.

Lebih lapan tahun meniaga, Siti Solehah Pikir, 38, bagaimanapun berkata beliau terima kehadiran cukai itu sebagai satu cabaran dalam berniaga.

SITI SOLEHAH PIKIR ,38 NC LEMAK KUKUS“Harga kita kekalkan sama seperti dahulu walaupun kos modal sebenarnya bertambah.

“Kita berniaga perlu ikhlas dan saya anggap apa yang buat ini sebagai satu sedekah, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan,” katanya yang merujuk kepada keuntungan tidak seberapa demi mengekalkan harga untuk pembeli.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.