Categories
NASIONAL

Hadi menang besar, kekal Presiden PAS

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 4 JUN: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan kerusinya sebagai Presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya Ahmad Awang dengan majoriti 695 undi.

muktamar pasAbdul Hadi berjaya mengutip 928 undi berbanding Ahmad yang memperolehi 233 undi.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS dimenangi Tuan Ibrahim Tuan Man apabila memperolehi 881 undi menewaskan Mohamad Sabu yang memperolehi 279 undi.

Menurut Pegawai Pemilihan PAS, Asmuni Awi kira-kira jam 10.15 malam tadi di Stadium Tertutup Kuala Selangor,  seramai 1,189 perwakilan berdaftar layak mengundi dalam pemilihan kali ini.

Bagaimanapun hanya 1,162 mengambil kertas undi dan 1,161 kertas undi dikembalikan dan tiada undi rosak dicatatkan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.