Categories
NASIONAL

Hadi: Apa kurang EPU hingga BN sanggup bayar mewah penasihat luar?

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 4 JUN: PAS sedia mengakui sebahagian dasar dan program dirangka Kerajaan Persekutuan baik berikutan idea birokrat negara yang sememangnya hebat sejak dahulu dan kompeten kerana mereka terdiri dari pemikir anak watan terpelajar dan terlatih.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun golongan dianggap sebagai ‘think-tank’ itu dipinggirkan selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk kepimpinan sebagai Perdana Menteri.

MB Muktamar PAS“Kita ingin mengingatkan kepimpinan negara supaya tidak hanya bermegah membentang dasar demi dasar, program demi program.

“Unit Perancangan Ekonomi (EPU)menghasilkan kajian dan penyelesaian pelbagai kemelut dan gejala ekonomi yang serba bersimpang-siur dan pelbagai tuntutan yang saling bersilang dalam sebuah masyarakat majmuk berbagai kelas ekonomi.

“Hari ini mereka sedikit diketepikan kerana kecenderungan kerajaan memberikan kepada ‘konsultan atau perunding luar’ yang dibayar secara mewah sekaligus meminggirkan pakar tempatan dalam persiapan pelbagai kajian sosial, pendidikan, kesihatan dan pembangunan ekonomi. Ini malang dan amalan ini harus dihentikan,” kata Abdul Hadi.

Abdul Hadi berkata demikian dalam ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang bertemakan ‘Beristiqamah Hingga Kemenangan’ di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Tambah Abdul Hadi, perancangan Kerajaan Persekutuan sia-sia dan membazir sekiranya kepimpinan negara tidak komited menghayati tuntutan Allah dan syariat sebenar khususnya dalam pembangunan ekonomi dan pengurusan kewangan.

“Kegagalan perunding luar ini juga dapat dilihat dalam isu 1MDB dan pelbagai isu lain yang merugikan dana kerajaan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.