Categories
SELANGOR

Ibu malim Gunung Kinabalu tak sangka dibantu ‘orang jauh’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

RANAU 15 JUN: Ibu kepada mendiang Ricky Masirin, Sahiah Boliking, 53, terharu dengan keprihatinan Kerajaan Selangor kepada keluarga malim Gunung Kinabalu yang terkorban semasa kejadian gempa bumi.

Sahiah berkata, malah beliau turut tidak menyangka menerima kunjungan delegasi Kerajaan Selangor di kediaman beliau di Kampung Kauluan, di sini.

bantu1“Terima kasih Kerajaan Selangor yang datang dari jauh untuk beri sumbangan kepada kami.

“Sumbangan ini bermakna bagi kami dan saya doakan semoga tuhan rahmati Selangor,” kata Sahiah kepada Selangor Kini.

Malim gunung lulusan Politeknik Sabah, Ricky Masirin, 28, meninggal dunia ketika cuba membawa pelancong asing menuruni Gunung Kinabalu pada hari kejadian.

Abang kepada Joseph Salungin iaitu seorang lagi malim gunung terkorban, Marius Salungin, 46, juga tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu bercampur terkejut.

“Bantuan ini meringankan beban keluarga mendiang sebab mendiang meninggalkan dua anak dua dan empat tahun,” kata Marius.

Delegasi Kerajaan Selangor yang diketuai Exconya, Dr Daroyah Alwi sejak semalam menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 211 penerima individu dan sembilan persatuan dan rumah ibadat terjejas akibat gempa bumi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.