Categories
SELANGOR

Ikan pacu 1.2kg bawa tuah menang RM3,000

Oleh: AFEEQA AFEERA

PUCHONG, 7 JUN: Ikan pacu seberat 1.22 kilogram (kg) membawa tuah kepada kakitangan kerajaan, Ahmad Husin apabila beliau dipilih sebagai johan dalam Karnival Memancing di Tasik Taman Puchong Perdana, hari ini.

Karnival tahunan anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu melayakkan Ahmad membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.

Pertandingan memancing MPSJ (7)Beliau mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti memancing melahirkan rasa gembira apabila tuah berpihak kepadanya dalam acara kali ini.

“Syukur Alhamdulillah rezeki hari ini memihak kepada saya dan rasa berbaloi tunggu untuk dapat ikan sejak awal pagi tadi,” katanya.

Hadir sama, Adun Sri Serdang, Noor Hanim Ismail yang turut terlibat sama dalam penganjuran karnival kali ini.

Sementara itu, naib johan disandang Muhammad Zaki yang memperoleh ikan patin seberat 1.06 kg dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500.

Manakala tempat ketiga dimenangi Sham Mohd Ali yang memperoleh ikan pacu seberat 0.99 kg dan membawa pulang hadiah berjumlah RM1,000.

Hadiah keseluruhan bagi pertandingan memancing adalah sebanyak RM6,550 dengan penyertaan seramai 250 orang.

Antara ikan yang dilepaskan ke dalam tasik adalah ikan pacu, patin dan keli.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.