Categories
SELANGOR

Kerajaan Selangor salur RM150,000 bantu mangsa gempa Sabah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 JUN: Kerajaan Selangor menyalurkan bantuan kemanusiaan sejumlah RM150,000 kepada mangsa gempa bumi di Sabah.

Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Dr Daroyah Alwi berkata, bantuan itu disalurkan terus kepada mangsa terlibat.

Gempa Sabah“Kita sedang mengenal pasti badan-badan terlibat seperti organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat di sana sebab mereka mempunyai data mangsa.

“Selepas perolehi data itu, kita salurkan bantuan secepat mungkin kepada mangsa memerlukan,” kata Dr Daroyah kepada Selangor Kini.

Jelas beliau, urus setia bantuan memastikan bantuan itu disalurkan kepada warga negara tempatan sahaja.

Tambah Dr Daroyah, pihak terlibat juga diarahkan memeriksa kerosakan rumah penduduk akibat gegaran gempa bumi untuk mengenal pasti bentuk bantuan yang sewajarnya.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke Sabah esok untuk bertemu dan melihat sendiri keadaan bencana yang berlaku.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.