Categories
SELANGOR

JAIS sambut baik selebriti buka sekolah tahfiz

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 22 JU : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengalu-alukan usaha selebriti tempatan menceburkan diri dalam pendidikan agama antaranya mendirikan sekolah tahfiz.

Penolong Pengarah Kanan Unit Pengurusan Sekolah JAIS, Dr Mohd Kamal Radiman, berkata sesiapa sahaja boleh mendirikan sekolah swasta dengan mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan.

Katanya, setakat ini terdapat kira-kira 185 sekolah tahfiz berdaftar di bawah JAIS.

jais amy 2“Saya bersyukur kerana ada selebriti berminat untuk terlibat dalam pendidikan berunsur agama, bahkan kita mengalu-alukan jika ada di antara mereka memiliki hasrat sama,” katanya pada Program Kebenaran Pendaftaran Pusat Tahfiz di pejabat JAIS, hari ini.

Dalam program itu, vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman, 57 atau Amy mendapat kelulusan pendaftaran sekolah tahfiz miliknya, Al-Bayan School Of Quran & Hadith di Sungai Buloh.

Selain Amy, pelakon era 80-an, Azmil Mustapha turut mengemukakan permohonan untuk mendaftar sekolah tahfiz.

Pada masa sama, Mohd Kamal berkata, JAIS akan melakukan pemantauan dari masa ke masa untuk memastikan silibus pembelajaran sekolah itu tepat dan mengikut aliran semasa.

“Saya harap usaha untuk membuka sekolah tahfiz ini akan diteruskan dan menjadi tumpuan masyarakat di seluruh Selangor,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.