Categories
SELANGOR

Kaji sistem agihan tingkat kapasiti

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 JUN : Kerajaan Selangor bersama Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang mengkaji semula sistem dan agihan air bagi meningkatkan kapasiti kepada pengguna.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata ia bagi menyelesaikan masalah bekalan air terawat disebabkan pengurusan tidak terancang terutama di kawasan Semenyih.

Zaidy“Gangguan ini juga disebabkan pengurusan sumber air mentah, rawatan air dan pengagihan dilakukan pihak berlainan hingga menyukarkan Kerajaan Negeri sukar membuat perancangan rapi,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung isu gangguan bekalan air di Semenyih sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Zaidy berkata perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor yang dijangka dimuktamadkan dalam tempoh terdekat mampu menyelesaikan masalah berkenaan.

Katanya isu air di kawasan Semenyih tidak timbul kerana air terawat yang tidak mencukupi berjaya diagihkan dan dinikmati pengguna.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.