Categories
SELANGOR

KUIS tersenarai tangga ke-37 IPT Malaysia

Oleh: LIZAWATI MADFA

KAJANG, 30 JUN: Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) berjaya menduduki tangga ke-37 daripada 500 intitusi pengajian tinggi di Malaysia.

Rector KUIS, Prof Datuk Dr Ab Halim Tamuri, berkata faktor itu juga menyumbang kepada pertambahan jumlah pelajar yang memberansangkan sejak beberapa tahun lalu.

abd-halim“Dua tahun lalu, pelajar hanya 3,450 tetapi meningkat sehingga 7,058 awal tahun ini.

“Sesi Jun 2015 pula menyaksikan 18,000 permohonan diterima, namun hanya 2,400 dipilih sementara 1,000 pelajar asasi akan mendaftar Julai ini. Ini menjadikan keseluruhannya melebihi 8,000 pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis berbuka puasa di perkarangan masjid KUIS, di sini, semalam.

KUIS mula ditubuhkan pada 1995 iaitu milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sehingga kini, KUIS melahirkan lebih 15,000 graduan dalam pelbagai bidang meliputi pengajian peringkat asasi, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

kuissHalim berkata, KUIS juga masih mengekalkan kadar yuran tanpa sebarang kenaikan sejak 2008.

“Terima kasih kepada pembayar zakat khususnya Lembaga Zakat Selangor (LZS)yang memperuntukkan dana RM12 juta setahun, sejak 2007.

“Seiring dengan peningkatan kutipan zakat dan pertambahan pelajar, patik dengan rendah diri memohon dana diteruskan atau dipertingkatkan jumlahnya,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.