Categories
SELANGOR

Keracunan makanan: Lesen bazar Ramadan ditarik

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 JUN: Aspek kebersihan, kesihatan dan penjagaan makanan di bazar Ramadan menjadi keutamaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi mengelak berlaku sebarang kes keracunan.

Pemangku Timbalan Setiausaha MBSA, Rosli Bakar berkata, keutamaan kebersihan diberi perhatian kerana terdapat kes keracunan makanan di bazar Ramadan dilaporkan di Shah Alam, tahun lalu.

20150609_100356“Peniaga dinasihat menjaga kebersihan makanan dan tapak perniagaan sama ada hidangan itu disediakan di rumah atau gerai kerana punca keracunan dikenalpasti dari tempat pemprosesannya.

“Mereka akan lebih terkesan jika terdapat keracunan makanan kerana tidak dibenarkan meneruskan perniagaan. Peniaga lain yang menjual makanan sama akan turut terjejas,” katanya ketika pelancaran Majlis Taklimat dan Penyerahan Permit Penjaja Bazar Ramadan 2015, hari ini.

Rosli berkata, MBSA akan meningkatkan pemantauan berterusan di kawasan bazar Ramadan untuk memastikan penjaja mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan.

“Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasa, Jabatan Kesihatan Persekitaran juga Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam akan terus memantau kebersihan pengurusan pengendalian makanan dan minuman,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.