Categories
SELANGOR

Korea tambah pelaburan di Selangor

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 3 JUN: Pengeluar terbesar sel solar dunia, Hanwha Group menambah pelaburannya di Selangor yang memperlihatkan pengukuhan pelaburan asing di negeri itu.

Hanwha Group melalui anak syarikatnya, Hanwha Q-cells turut bersetuju memperluas dan menambah baik fasiliti di Cyberjaya melalui pertambahan pelaburan berkenaan.

Hanwha Q-cells dijangka memulakan pengeluaran tambahan itu bermula September ini, bahkan syarikat terbabit mempunyai fasiliti terbesar di Cyberjaya selain di China dan Korea.

gambar 2Selangor juga dalam proses menarik pelaburan dari Korea membabitkan sektor industri farmaseutikal, sains hayat dan teknologi hijau selain mempromosi kawasan perindustrian Pulau Indah.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri dalam usaha membuka ruang dan peluang pelaburan kepada syarikat yang terlibat dengan industri halal di negara itu.

Sehingga 2014, Korea mencatat enam peratus jumlah pelaburan di Selangor membabitkan sektor pembuatan berada di belakang Singapura (27%), Jepun (26%) dan Emeriah Arab Bersatu (12%).

Leave a Reply

Your email address will not be published.