Categories
AGENDA NASIONAL

Kimchi pikat selera dunia termasuk Malaysia, catat jualan luar biasa

KUALA LUMPUR, 20 FEB: Produk makanan dibungkus Korea Selatan, terutama sajian sampingan tradisional jeruk sayur-sayuran berlada “kimchi” termasuk yang menggunakan kubis panjang, terbukti terus popular di peringkat dunia sehinggakan mencatat pertumbuhan jualan luar biasa.

Sudah pasti, populariti itu dipacu oleh fenomena ‘Hallyu’ (Gelombang Korea) menerusi budaya serta industri kandungannya yang sebegitu popular.

Sehubungan itu, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila tajuk berita “South Korea’s Kimchi Exports Hit New High in 2021” (Eksport Kimchi Korea Selatan Cecah Rekod Baharu pada 2021) terpampang dalam senarai berita baru-baru ini.

Malah, ini merupakan kali pertama dalam tempoh 12 tahun menyaksikan Korea Selatan mencatatkan lebihan dalam dagangan kimchi, lapor agensi berita Yonhap baru-baru ini.

Menurut laporan itu, penghantaran keluar sajian pedas itu mencecah paras rekod US$159.9 juta (US$1= RM4.19) pada 2021 yang membawa kepada lebihan dagangan sebanyak US$19.2 juta dalam sektor terbabit.

Ini jelas membuktikan pengaruh Korea Selatan yang dicetuskan oleh budaya ‘K-Pop’ dan ‘K-Drama’ ke atas cita rasa makanannya yang secara tidak langsung turut memberi manfaat terhadap unjuran ekonomi Korea Selatan.

Di Malaysia misalnya, dominasi pengaruh sedemikian juga ketara, lebih-lebih lagi dengan kehadiran saluran Netflix yang memberi lebih banyak pendedahan membabitkan hiburan Korea Selatan dalam pasaran domestik.

Seorang warga Korea Selatan yang menetap di sini, memberitahu Bernama bahawa kimchi yang dijual di Malaysia juga setanding dengan produk di negara asalnya.

“Bagi saya, ini berikutan sebahagian besar daripada kimchi yang dibeli oleh keluarga (sama ada daripada pasar raya utama atau pasar raya Korea di sini) atau yang dimakan, dibuat oleh pengeluar Korea Selatan di Malaysia dan menggunakan teknik serta resepi sama di negara itu,” kata jejaka berusia 29 tahun yang enggan namanya dikenali itu mengenai kimchi yang turut dilabelkan sebagai antara sajian paling sihat di dunia.

Sementara itu Ketua Penyelidik Institut Kimchi Dunia, Dr Lee Chang Hyeon memberitahu Bernama, eksport kimchi terus meningkat secara ketara sejak lima tahun lepas.

“Trend yang kian meningkat tidak hanya ketara di kawasan permintaan tinggi sedia ada di Amerika Syarikat dan Jepun, tetapi juga di negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand yang sebelum ini mencatat permintaan rendah.

“Di Malaysia secara khususnya mencatatkan purata eksport tahunan kimchi sebanyak 28.7 peratus bagi tempoh 2017 hingga 2021, sekali gus menjadikan negara itu pengimport ke-10 terbesar kimchi dari Korea Selatan manakala pada 2019 dan 2020, import meningkat kira-kira 43 peratus tahun ke tahun. Ini jelas membuktikan populariti kimchi di negara berkenaan,” katanya dalam temu bual menerusi e-mel.

Mengulas selanjutnya, Lee berkata peningkatan eksport itu juga boleh dikaitkan dengan minat terhadap makanan kesihatan yang berupaya meningkatkan imunisasi serta pertumbuhan pasaran dalam talian ketika pandemik Covid-19, selain permintaan ketara terhadap budaya pop Korea.

“Pada masa sama, peningkatan eksport kimchi juga didorong oleh sekatan terhadap aktiviti luaran akibat Covid-19 yang dapat dilihat menerusi aktiviti mencuba makanan daripada kandungan budaya Korea yang popular menerusi pembelian secara dalam talian.

“Bagi kimchi misalnya, faktor utama itu adalah gabungan pelbagai kaedah berserta budaya makanan dari negara import yang dikongsi menerusi saluran platform video global dan media sosial agar ia turut dinikmati dengan cara tempatan,” katanya.

Pada masa ini sebanyak 934 kemudahan pengeluaran industri kimchi dilaporkan dengan Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-Ubatan kerajaan Korea Selatan.

Menurut data institut yang terletak di Gwangju, daripada angka itu, 616 syarikat merupakan pengeluar dan menjual kimchi pada 2019 manakala jumlah pekerja industri kimchi dianggarkan seramai 9,510 orang.

Jualan syarikat itu mencecah 1.619 trilion won (US$1.35 trilion atau RM5.66 bilion) yang membabitkan pengeluaran sebanyak 486,000 tan kimchi dengan eksport kira-kira 30,000 tan dan selebihnya diedarkan di serata Korea Selatan.

Tanpa mengambil kira kimchi yang dihasilkan oleh pengeluar makanan itu, jumlah kimchi yang dihasilkan oleh isi rumah Korea adalah 747,000 tan manakala 368,000 tan lain dibuat oleh restoran dan kemudahan makanan.

Ditanya mengenai prospek perdagangan kimchi, Lee menjangkakan lebihan dagangan itu akan berkembang berasaskan dua faktor — kesedaran yang berterusan serta jumlah penggunaan di luar negara.

“Usaha menerusi penyelidikan berteraskan sains pada masa depan akan menyaksikan aspek seperti fungsi kesihatan, kecemerlangan kualiti dan keselamatan kimchi Korea dapat dikenal pasti.

“Tidak ketinggalan aspek pembangunan pelbagai resipi bagi menikmati kimchi berdasarkan cita rasa pengguna tempatan serta pembangunan pelbagai jenis produk proses kimchi seperti sos kimchi.

“Sekiranya ada lebih daripada 100 negara yang mengimport kimchi Korea, kita akan terus menyaksikan lebihan dagangan berikutan peningkatan eksport makanan itu.

“Dalam era ini, sememangnya dijangkakan wujud penyetempatan kimchi yang mana orang akan membeli dan memakannya di negara masing-masing selain membuat kimchi menggunakan sayur-sayuran tempatan,” katanya.

Lee berkata, kesemua eksport kimchi dari Korea Selatan adalah selamat kerana dihasilkan di kemudahan pengeluaran perindustrian yang disahkan atau diperakui dengan HACCP dengan jaminan kebersihan.

Bagi meningkatkan lagi keyakinan terhadap kimchi Korea Selatan, Sistem Petunjuk Geografi Negara turut berkuat kuasa sejak 2021 yang membolehkan pengeluar kimchi negara itu meletakkan tanda dan menggunakan nama ‘Republik Korea’ secara rasmi apabila menghasilkan kimchi dengan ramuan tempatan.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA GLOBAL

GM Korea henti sementara pengeluaran akibat kurang peralatan

SEOUL, 12 FEB: GM Korea Co, syarikat subsidiari General Motors Co. Korea Selatan, berkata syarikat menggantung sementara pengeluaran satu daripada tiga kilang pemasangan kereta ekoran kekurangan peralatan dari China, lapor agensi berita Yonhap.

Kilang utamanya di Bupyeong, Incheon, di barat Seoul, ditutup pada 17 dan 18 Februari kerana kekurangan peralatan termasuk wayar kabel abah-abah, yang merupakan komponen utama bagi pelbagai model kenderaan, kata pegawai syarikat.

Langkah itu menyebabkan pengeluaran kenderaan utiliti sukan Trailblazer, model utama jenama Chevrolet mengalami gangguan.

GM Korea mempunyai tiga kilang – dua di Incheon dan satu di Changwon. Kapasiti keluaran ketiga-tiga kilang berkenaan sekitar 600,000 unit.

Pada 2018, syarikat itu menutup kilang di Gunsan disebabkan kadar penggunaan yang rendah.

Kekurangan bekalan itu akibat langkah pihak berkuasa China menggesa syarikat pengeluar menghentikan operasi sehingga 9 Februari, seminggu selepas berakhirnya cuti Tahun Baru Cina, untuk menyekat penularan wabak koronavirus 2019.

Virus itu telah meragut lebih 1,100 nyawa di China.

-BERNAMA

Categories
GLOBAL

Peluru berpandu anti balistik AS di Korea Selatan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SEOUL, 27 APR: Komander Ketenteraan Amerika Syarikat di atau PACOM, Harry Harris mendedahkan sistem pertahahanan ketenteraan tercanggih negara itu atau THHAD kini sudah ditempatkan di Korea Selatan, semalam.

Beliau berkata, penempatan itu sebagai usaha melindungi ancaman Korea Utara sebelum ini yang melancarkan provokasi nuklear milik negara komunis itu.

“Sejak Julai lalu, perancangan untuk menempatkan THHAD sudah diadakan bagi tujuan perlindungan ke atas Korea Selatan daripada ancaman Korea Utaran,” kata Harris, lapor Korea Times.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan dalam raaksi kepada tindakan itu memaklumkan proses penempatan THHAD keseluruhannya dijadual, sehingga akhir tahun ini.

PeluruBagaimanapun, masyarakat Korea Selatan membidas langkah berkenaan susulan kebimbangan kesan daripada aktiviti ketenteraan dan situasi perang dua negara terbabit.

Kebimbangan sama turut dinyatakan China yang memprotes keras penempatan THAAD di Korea Selatan.

“Ini tidak memberikan bantuan atau pendekatan pendamaian dua negara itu. China akan mengambil langkah yang diperlukan untuk menjaga kepentingan keamanan negara kami,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang.

Terdahulu, Agensi Berita NBC melaporkan Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk melaksanakan serangan awal (preemptive strike) menggunakan senjata konvensional terhadap Korea Utara bagi menghalang ujian senjata nuklear.

Korea Utara melaungkan amaran negara itu bersiap sedia untuk ‘acara besar’ yang menurut pegawai AS adalah kemungkinan ujian senjata nuklear keenam, pada minggu ini.

Serangan AS itu berkemungkinan membabitkan serangan peluru berpandu dan bom, siber juga operasi pasukan khas.

Ketegangan Korea Utara dan Amerika semakin memuncak susulan kecaman hebat Pyongyang terhadap pentadbiran Presiden Donal Trump yang mengkritik cubaan ujian nuklear keenam milik Korea Utara.

Categories
SELANGOR

MB: Contohi budaya kerja efisyen penjawat awam Jepun & Korea

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 10 JUN: Penjawat awam perlu menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model perubahan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, sikap inovatif, berketerampilan, budaya kerja mantap dan efisyen penjawat awam dua negara itu berjaya menjadi penggerak utama kejayaan berterusan di sana.

“Jepun yang pertama di Asia yang diiktiraf sebagai negara maju dan berjaya membuktikan kemajuan yang rancak tanpa mengabaikan budaya serta nilai murni bangsa mereka.

mb markshort 5“Justeru, dasar pandang ke timur yang pernah diperkenal pada awal 80-an perlu diperluas ke Korea Selatan kerana pencapaian negara itu dalam bidang teknologi dan inovasi kini menjadi saingan utama kepada Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada lebih 200 penjawat awam dari pelbagai jabatan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Mohamed Azmin teruja dengan pencapaian penjawat awam Seoul yang berjaya mengurus bandar tersebut dengan baik dan tersusun dengan kapasiti 10 juta penduduk.

“Selangor keseluruhannya mempunyai 5.6 juta penduduk berbanding Seoul tetapi mereka berjaya mengurus dan membangunkannya dengan baik dan tersusun. Ia harus menjadi teladan kepada kita semua,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Korea tambah pelaburan di Selangor

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 3 JUN: Pengeluar terbesar sel solar dunia, Hanwha Group menambah pelaburannya di Selangor yang memperlihatkan pengukuhan pelaburan asing di negeri itu.

Hanwha Group melalui anak syarikatnya, Hanwha Q-cells turut bersetuju memperluas dan menambah baik fasiliti di Cyberjaya melalui pertambahan pelaburan berkenaan.

Hanwha Q-cells dijangka memulakan pengeluaran tambahan itu bermula September ini, bahkan syarikat terbabit mempunyai fasiliti terbesar di Cyberjaya selain di China dan Korea.

gambar 2Selangor juga dalam proses menarik pelaburan dari Korea membabitkan sektor industri farmaseutikal, sains hayat dan teknologi hijau selain mempromosi kawasan perindustrian Pulau Indah.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri dalam usaha membuka ruang dan peluang pelaburan kepada syarikat yang terlibat dengan industri halal di negara itu.

Sehingga 2014, Korea mencatat enam peratus jumlah pelaburan di Selangor membabitkan sektor pembuatan berada di belakang Singapura (27%), Jepun (26%) dan Emeriah Arab Bersatu (12%).

Categories
NASIONAL

Arah Aktiviti Lombong Permatang Kuartza Di Henti Serta Merta

mb

SHAH ALAM, 5 JUN : Kerajaan Negeri menggesa supaya aktiviti perlombongan batu di Permatang Kuartza, Gombak dihentikan serta-merta berikutan lesen perlombongan di kawasan itu tidak pernah dikeluarkan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebaliknya, menurut Abdul Khalid, kawasan perlombongan sepanjang lima kilometer Permatang Kuartza itu akan diusahakan bagi mendapat pengiktirafan sebagai Taman Warisan Dunia daripada UNESCO.

Justeru tegasnya, aktiviti perlombongan yang dijalankan sekarang seperti yang dilaporkan media sebelum ini adalah suatu aktiviti haram.

“Perlu ditekankan di sini bahawa walaupun mendapat banyak permohonan daripada syarikat dalam dan luar negara termasuk China, Jepun dan Korea, namun Kerajaan Negeri Selangor tetap tidak akan mengeluarkan lesen.

“Kerajaan Negeri memandang berat kes perlombongan haram dan komited dalam menjayakan Projek Pemeliharaan Permatang Kuartza Klang Gates yang merupakan permatang kuartza terpanjang di dunia,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco, di sini petang tadi.

Tegasnya, Kerajaan Negeri juga mengarahkan Jabatan Mineral dan Geosains untuk menyediakan laporan terperinci jumlah batu kuartza yang sudah dikeluarkan dari kawasan itu dan kerosakan akibat perlombongan haram ini.

Tambahnya, Pejabat Tanah dan Daerah Gombak serta Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat turut diarahkan supaya meningkatkan pemantauan di kawasan Permatang Kuartza.

“Laporan dijangka disiapkan dalam tempoh dua minggu bagi memberi peluang pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti kawasan batu kuartza yang mungkin telah diceroboh.

“Mereka yang didapati terlibat menjalankan perlombongan haram ini boleh didakwa atas kesalahan menjalankan perlombongan tanpa lesen, menceroboh dan mencuri,” katanya lagi.