Categories
SELANGOR

LZS terima bayaran zakat perniagaan TNB RM4 juta

Oleh: AFIX REDZUAN

KAPAR, 25 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM4,148,035.35.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berkenaan daripada Pengurus Besar TNB Selangor, Datuk Ir Mohd Azim Datuk Yusof bagi menunaikan zakat perniagaan untuk tahun kewangan 2014.

SultanPada tahun ini, LZS mengagihkan sebanyak RM30,778,900 bantuan zakat kepada 41,568 keluarga asnaf fakir dan miskin seluruh Selangor bersempena ketibaan Ramadan dan Syawal.

Daripada jumlah itu, seramai 11,400 keluarga asnaf fakir menerima bantuan zakat berjumlah RM8,632,700 manakala sebanyak RM22,146,200 pula diberikan kepada 30,168 keluarga asnaf miskin.

Hadir sama dalam majlis itu Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Turut hadir Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Husin Mohd Ali.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.