Categories
SELANGOR

Sultan rasmi Masjid Kpg Perepat

Oleh: AFIX REDZUAN

KAPAR, 25 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan Masjid Kampung Perepat sempena Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya.

Ketibaan Baginda disambut Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

SultanMasjid itu yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Umariah Kampung Perepat dibina di atas tapak melalui wakaf seorang individu di Jalan Masjid di selekoh Batu 8 Jalan Kapar.

Ekoran pembangunan pesat kawasan sekeliling dan pertambahan jemaah, permohonan dibuat kepada Jawatankuasa pembinaan masjid melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meluluskan peruntukan pembinaan masjid baru sebanyak RM4.5 juta di Lot 67526 Kebun Baru, Kampung Perepat.

Dengan keluasan tanah seluas 3.6 ekar, masjid diterajui Kasban Misbah selaku Nazir Masjid mula dibina pada Disember 2006 siap sepenuhnya pada 31 Oktober 2008 dan boleh memuatkan sehingga 1,000 orang jemaah.

Sultan Sharafuddin sebelum itu menyampaikan Sumbangan Hari Raya kepada 800 orang penerima yang terdiri daripada 500 orang asnaf fakir & miskin (500 orang), 150 orang mualaf dan 120 orang anak yatim.

Majlis disusuli dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Abdul Khair Jalil yang merupakan Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Selangor mewakili daerah Klang.

Iftar 7 Ramadan 1436H dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin Mufti Selangor sebelum Baginda menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama rakyat jelata.

Usai solat Maghrib, Baginda kembali ke meja santapan untuk menjamu selera dan meneruskan majlis dengan menunaikan solat Isyak serta solat sunat Terawih.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.