Categories
SELANGOR

MB: Peruntukan HIJRAH dinaikkan 2016

Oleh : AFEEQA AFEERA

BESTARI JAYA, 15 JUN: Kerajaan Selangor berhasrat menambah peruntukan bagi pelaksanaan program HIJRAH yang sebelum ini berjumlah RM100 juta mulai tahun hadapan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia ekoran sambutan menggalakkan terhadap program itu sejak diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2015.

“Setiap kali saya turun bertemu peserta HIJRAH, sambutan semakin hari semakin baik dan menunjukkan bahawa dasar Kerajaan Selangor mendapat sokongan baik dan kuat dari rakyat.

IMG_7819“Pada tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi program HIJRAH dan apabila meneliti rekod serta sambutannya, insyaAllah pada 2016 kita memikirkan keperluan untuk menaikkan peruntukan bagi program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Cek Pembiayaan Fasa Ketiga HIJRAH Selangor di sini, pada 14 Jun.

HIJRAH diperkenalkan Kerajaan Selangor bagi melonjakkan golongan miskin berhijrah memasuki kumpulan berpendapatan menengah.

Program itu diperkasakan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Kerajaan Negeri turut menaikkan siling peruntukan bagi kedua-dua dana ini kepada RM100 juta berbanding hanya RM70 juta sebelum ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.