Categories
SELANGOR

Tingkat kerjasama banteras pemerdagangan manusia

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 15 JUN: Kerajaan Persekutuan perlu tegas dalam penguatkuasaan dan pemantauan bagi membanteras isu pemerdagangan dan penyeludupan di negara ini.

Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias, berkata perkara itu juga memerlukan kerjasama semua pihak termasuk Kerajaan Negeri supaya ianya tidak berleluasa.

rohing1“Jabatan Imigresen, polis dan yang lain perlu melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan secara kerap supaya isu ini boleh dibendung terutama di kawasan sempadan dan pintu masuk.

“Ia wajar diberi perhatian kerana kemasukan pihak luar dan warga asing kerap berlaku tambahan dengan kedudukan negara dikelilingi lautan yang memungkinkan ia mudah dicerobohi,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Mohd Shamsudin berkata, biarpun dengan kuasa terhad, Kerajaan Negeri masih boleh memainkan peranan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengekang kebanjiran warga asing ke Selangor.

Bagaimanapun, katanya kesungguhan ke arah itu perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa serta komitmen semua pihak.

“Dari segi ekonomi, ia membawa keuntungan dengan permintaan tinggi tenaga kerja warga asing dalam pasaran kerja di negara tertentu termasuk Malaysia terutama dalam sektor industri dan pembuatan.

“Namun ada pihak seperti orang tengah mengambil kesempatan dan menyalahgunakan perkara ini dengan menjanjikan pekerjaan kepada mereka,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.