Categories
SELANGOR

MB: Reka bentuk surau perlu penampilan imej baharu

Oleh: NAEEM RAFFI

GOMBAK, 15 JUN: Surau kampung memerlukan  penampilan imej reka bentuk baharu bagi memperbaiki keadaan kurang selesa jemaah.

Cadangan itu dizahirkan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali kepada Jabatan Agama Selangor (JAIS) berikutan keadaan kebanyakan surau di negeri itu berada dalam keadaan daif.

ihya' masjid al khairiyah 2“Dicadangkan Pengarah JAIS melihat keperluan membina semula surau daif ini dengan reka bentuk baharu.

“Rezab negeri yang besar di atas kertas bukan untuk dibanggakan sebaliknya diterjemah dan digunakan kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadan 2015 peringkat Parlimen Gombak, di Masjid Al-Khiriyah di Taman Seri Gombak, di sini, semalam.

Pada majlis itu, sejumlah 20 masjid dan 59 surau di tiga buah DUN (Batu Caves, Gombak Setia dan Hulu Kelang) dalam Parlimen itu menerima sumbangan bernilai RM355,000 bertujuan memperkasa dan mengimarahkan Masjid sebagai madrasah rohani sepanjang Ramadan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.