Categories
NASIONAL

Naikkan kadar tol zalimi rakyat

Oleh: NAEEM RAFFI

AMPANG, 15 JUN: Tindakan Kerajaan Persekutuan berhasrat menaikkan kadar tol dalam keadaan rakyat tertekan berikutan keadaan ekonomi getir adalah menzalimi rakyat.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata rakyat tertekan ekoran dihimpit peningkatan kos sara hidup kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga minyak.

tol auotmatik 1“Tidak adil dibebankan kepada rakyat dalam suasana ekonomi getir seperti hari ini.

“Maka, kajian perlu diadakan melihat keperluan perlaksanaan tol diteruskan apatah lagi kadar tol dinaikan,” katanya ketika ditemui Selangor Kini pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadan 2015 peringkat DUN bukit Antarabangsa di sini, semalam.

Beliau mengulas kebocoran maklumat cadangan kenaikan kadar tol lebuh raya ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ia masih belum dimuktamadkan kabinet.

Mohamed Azmin juga mengulangi gesaannya kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula konsesi pengendali lebuhraya.

“Ini antara desakan kita (Pakatan) sebelum ini agar lebuh raya yang mengenakan tol ini dikaji semula kerana sebahagian besar pengendali lebuh raya ini mendapat keuntungan besar.

“Dengan jumlah trafik besar dan tempoh konsesi panjang, sudah tentu mereka meraih keuntungan lumayan,” kata Dato Menteri Besar Selangor itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.