Categories
SELANGOR

MBSA sedia 150 tong RORO sempena AidIil Fitri

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 JUN: Sebanyak 150 perkhidmatan tong Roll On Roll Off (RORO) disediakan di sekitar Shah Alam sempena sambutan Aidil Fitri.

Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata inisiatif itu diharap memudahkan orang ramai menguruskan pembuangan sampah pukal dengan lebih baik.

tong roro MBSAAntaranya termasuk perabot lama seperti almari, sofa, tilam, katil dan barangan elektrik seperti peti ais, radio, televisyen, pengecas bateri telefon bimbit dan lain-lain.

“Kita juga mahu memberikan didikan kepada warga Shah Alam tentang pengurusan sampah pukal dengan cara betul terutama sewaktu aktiviti gotong-royong.

“Diharap penduduk sekitar memberikan kerjasama meletakkan sampah pukal di dalam tong RORO bagi memudahkan kontraktor membuat kutipan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebanyak 150 buah tong RORO bersaiz 3 tan dan 7 tan diletakkan di setiap kawasan sekitar Shah Alam iaitu di Seksyen 2 hingga Seksyen 36 dan Seksyen U1 hingga Seksyen U20.

Perkhidmatan bermula dari 4 hingga 12 Julai dengan meletakkan tong RORO di kawasan perumahan dilokasi sesuai untuk kemudahan penduduk.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di talian 03-55105133 sambungan 1645.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.