Categories
SELANGOR

‘Tiada tanda sedikit pun MB hilang sokongan Adun’

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 JUN: Kerajaan Selangor masih berfungsi dengan baik dan sama sekali tidak perlu untuk dibubarkan untuk mendapatkan mandat baru.

Ahli Biro Politik PKR, N. Surendran berkata, perkara itu selaras dengan Artikel 53(2) (a) Perlembagaan Selangor yang mengatakan Menteri Besar dan pentadbirannya kekal selagi memperoleh sokongan majoriti Adun.

Katanya, mengikut Artikel 53(6) pula, kerajaan hanya dianggap gagal jika Menteri Besar gagal meyakinkan majoriti Adun.

DNS wide 01“Walaubagaimanapun, tiada tanda sedikit pun bahawa Menteri Besar Selangor kehilangan sokongan daripada Adun PKR, DAP dan PAS.

“Malah, sokongan dinyatakan secara jelas pimpinan ketiga-tiga parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Pakar Undang-undang, Prof Dr Aziz Bari yang juga ahli PKR mendakwa Kerajaan Selangor kini cacat ekoran Pakatan Rakyat (Pakatan) tidak lagi wujud.

Beliau mendakwa cara terbaik bagi menyelesaikan konflik yang berlaku adalah dengan pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS).

Merujuk dakwaan itu, Surendran berkata sama ada di peringkat negeri atau pusat, kerajaan dibentuk menerusi sokongan majoriti ahli dewan tanpa mengambil kira mana-mana parti atau pakatan.

“Cadangan bahawa kerajaan dengan sokongan majoriti untuk dibubarkan dan keperluan mandat baru adalah bertentangan dengan amalan perlembagaan.

“Sehingga kini, Kerajaan Selangor ternyata berfungsi dengan normal, maka tiada sebab ianya cacat atau perlu dibubarkan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.