Categories
NASIONAL

Muslimat PAS sayu kenang jasa Nik Aziz

SHAH ALAM, 3 JUN: Montaj ‘Murobbi Ummah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat’ menyentuh hati 756 perwakilan yang menghadiri Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS Ke-55, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

Montaj pembukaan berdurasi 11 minit itu mengimbau perjalanan kepimpinan Nik Aziz ketika bersama parti sehingga kembali ke rahmatullah pada 12 Februari lalu.

imageMmeetik Harakah Daily, majoriti perwakilan dilihat menitiskan air mata ketika ungkapan dan pesanan Nik Aziz ditayangkan.

Persidangan itu dihadiri 1,100 perwakilan dan pemerhati yang turut dihadiri beberapa pimpinan PAS antaranya Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar.

Muktamar yang disempurnakan Mohamad Sabu dengan tema ‘Memantapkan Ukhuwah, Merakyatkan Perjuangan’ itu juga dihadiri Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia, Saraswathy dan isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Shamshidar Taharin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.