Categories
SELANGOR

Paras empangan Sg Selangor 77.15%

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 8 JUN:Takungan air di empangan Sungai Selangor terus berada ditahap konsisten apabila mencatatkan peningkatan ke paras 77.15 peratus dengan 211.40 juta meter padu.

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Kolam Takungan Semenyih mencatatkan paras air paling tinggi sebanyak 100.06 peratus dengan 111.01 juta meter.

empangan-selangor-sept-3Manakala Kolam Empangan Tasik Subang sebanyak 99.90 peratus dengan 38.55 juta meter.

Selain itu, bagi Empangan Klang Gates 92.74 juta meter padu (77.80 peratus), Kolam Takungan Sungai Labu 41.60 juta meter padu (87.03 peratus).

Manakala Empangan Sungai Tinggi mencatatkan 55.62 juta meter padu (75.88 peratus).

Kapasiti air masih berada di tahap yang baik ekoran cuaca yang tidak menentu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.