Categories
SELANGOR

Ejen palsu jual borang Hijrah RM300

NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM: Hijrah Selangor tidak pernah melantik ejen borang permohonan untuk peniaga yang mahu memperoleh manfaat dari program itu.

Pengarah Eksekutif Yayasan Dar al Qard al Hassan Selangor, Datuk Mansor Othman, berkata ia ekoran ada individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan.

11001745_1419413975019420_5757872812140318450_nBeliau berkata, individu itu dikatakan menjual borang Hijrah pada harga RM300 sekitar Hulu Selangor, Shah Alam dan Serdang.

“Kita tidak pernah lantik mana-mana ejen memproses borang. Kita juga tidak pernah janjikan kelulusan dengan bayaran tertentu.

“Kita juga tidak lantik ejen luar untuk taklimat perniagaan Hijrah. Kita ada pegawai Hijrah,” katanya kepada SelangorKini.

“Hijrah dapat sambutan menggalakkan. Jadi, saya tidak mahu rakyat tertipu dengan mereka,” katanya yang mahu mengambil tindakan tegas jika mengesan mereka.

Pemohon pinjaman Hijrah boleh mendapatkan borang di Pejabat Hijrah atau cawangan setiap DUN mahupun wakil rakyat. Hubungi pejabat Hijrah melalui talian 03-55212458 jika ada keraguan.

Hijrah diperkenal Kerajaan Selangor bagi melonjakkan golongan miskin berhijrah memasuki kumpulan berpendapatan menengah.

Program itu diperkasakan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Leave a Reply

Your email address will not be published.