Categories
NASIONAL

PAS tekad terus bersama Pakatan Rakyat

KUALA SELANGOR 4 JUN: PAS bertekad meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengingatkan ahli PAS berhati-hati dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak luar selagi tidak bertentangan dengan peringatan Allah.

IMG_4229a“PAS terus dan tetap melaksanakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selagi tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan Sunnah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Hadi berkata agar pemimpin dan ahli memelihara batas tahaluf dengan menjaga prinsip dan dasar perjuangan serta memelihara ketaatan kepada parti.

“Jangan kita lalai dengan kemenangan lupa amanah untuk menegakkan agama,” katanya sambil disambut laungan takbir.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.