Categories
NASIONAL

Pembaziran RM42 bilion 1MDB boleh selamatkan kakitangan MAS

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 JUN: Nilai RM42 bilion dibazirkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh dimanfaatkan kerajaan untuk membela nasib 6,000 kakitangan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang mata pencarian sekelip mata.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kemerosotan MAS disebabkan pengurusan yang tidak efisyen sejak tahun 1994 membawa kepada situasi tidak adil terhadap kakitangan sehingga menjadi mangsa ‘korban’.

“Apa salahnya kerajaan membela nasib pekerja kerana ini berkait dengan soal rakyat. 1MDB itu soal kroni.

mas1“Menjadikan pekerja sebagai mangsa adalah tidak adil. Kita sudah sebutkan sebelum ini potong kos perbelanjaan dan elaun yang mengarut daripada pihak atasan.

“Pilih vendor yang memberikan harga munasabah dan tidak tinggi mengikut pasaran. Kos kontrak katering juga patut dipotong,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, penyingkiran pekerja perlu dibuat berdasarkan ‘first come last go, last come first go’.

abdullah saniKatanya, pihak yang mempersoalkan perlu melihat pencapaian pekerja sehingga berjaya memenangi enam anugerah sebelum memepersoalkan integriti mereka.

MAS menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya dan daripada jumlah itu kontrak 6,000 pekerja akan ditamatkan, manakala 14,000 lagi ditawarkan bekerja dengan syarikat baharu Malaysia Airlines Bhd group (MAS Bhd).

MAS kekal sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan mengekalkan semua laluan domestiknya walaupun menamatkan kontrak 6,000 kakitangannya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.