Categories
SELANGOR

Pendatang asing ceroboh tanah kubur, JAIS perlu bertindak

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 JUN: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) patut mempercepatkan proses memohon perwartaan sebidang tanah di Kampung Matang Pagar untuk dijadikan tanah perkuburan.

Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, kelewatan mewartakan tanah perkuburan itu mengakibatkan pendatang asing mencerobohi tanah itu untuk dijadikan kawasan perusahaan tapak semaian rumput.

Jais-logo kecik“Kubur itu sudah dirancang sebagai kawasan perkuburan Islam tetapi kawasan itu tak diwartakan sehingga hari ini dan akibatnya tanah itu dicerobohi pendatang asing.

“Kita nak supaya dipercepatkan diwartakan dan dipagar supaya orang tak ceroboh tempat itu. Saya dah sebut dalam Dewan Negeri Selangor (DNS), sekarang kita tunggu daripada JAIS untuk mohon ke Pejabat Tanah dan Galian,” kata Mohd Khairuddin ketika dihubungi Selangor Kini.

Sementara itu Ketua Kampung Matang Pagar, Mustafa Kamal Ibrahim pula berkata, selain dijadikan tapak semaian, tanah terbabit juga diceroboh untuk dijadikan tempat penempatan.

“Bukan sahaja tapak semaian rumput, malah sehingga sekarang dah ada beberapa buah rumah pendatang asing juga dibina di atas tanah berkenaan.

“Semakin lama lagi, keadaan jadi semakin rumit kalau dibiarkan sebab itulah saya minta tindakan segera bagi memastikan tanah itu tidak terus dicerobohi, ” kata Mustafa pula.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.