Categories
SELANGOR

Penumpang tertarik MB naik kelas ekonomi

Oleh: NAEEM RAFFI

KOTA BHARU, 17 JUN: Penerbangan kelas ekonomi sekali lagi menjadi pilihan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk ke Kelantan, semalam.

Keberadaan Mohamed Azmin dan beberapa exco kanan Selangor di kerusi kelas ekonomi menarik perhatian penumpang pesawat MAS itu.

Ada penumpang  dilihat tidak melepaskan peluang dan mengambil kesempatan bersalaman dengan Mohamed Azmin dan barisan exco.

Kali ini, Mohemad Azmin bersama 45 delegasi Selangor turun ke Kelantan bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Bantuan Banjir ‘Rumah Desa Darul Ehsan’ di Manik Urai, hari ini.

DSC_7444Kerajaan Selangor membina 60 unit rumah pasang siap dengan kos hampir RM6 juta bagi membantu rakyat Kelantan yang kehilangan tempat berteduh akibat bencana banjir di negeri itu, pada Disember lalu.

Delegasi turut disertai Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, Dr Daroyah Alwi, Zaidy Talib dan Amirudin Shari.

Delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Petra, pada 7.30 malam tadi dan disambut wakil Kerajaan Kelantan dan beberapa jentera PKR negeri.

Kehadiran delegasi turut diraikan dalam Majlis Makan Malam bersama pimpinan tertinggi Kerajaan Kelantan di Hotel Perdana, di sini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.