Categories
SELANGOR

Perhebat industri agro pertanian

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 1 JUN: Usaha berterusan Kerajaan Negeri membantu generasi muda menceburi industri agro pertanian perlu diperhebat dan berterusan bagi membantu memajukan industri itu.

Tinjauan SelangorKini di Program Seminar Usahawan Agro Generasi Muda di sini, mendapati peserta program berpandangan usaha Kerajaan Negeri wajar dipuji dan ke arah menyemai minat anak muda dan belia menceburi bidang itu sehingga mencipta kejayaan.

nazifUsahawan pertanian dari Sungai Kelambut, Banting, Mohd Nazif Saparman, 43, mengalu-alukan perancangan Kerajaan Negeri itu dan ia harus mendapat sokongan semua pihak di negeri ini.

“Usaha Kerajaan Negeri ini bagus terutama kepada warga desa yang memerlukan bantuan dan sokongan dalam pertanian seperti mana di tempat saya masalah dihadapi mencari kawasan sesuai atau dibenarkan bagi tujuan itu.

“Seperti program ini, ia memberi banyak maklumat mengenai pertanian dan anak muda perlu mengambil peluang ini untuk kebaikan mereka,” katanya yang terbabit lebih kurang 16 tahun dalam pertanian.

amirulPelajar Politeknik Shah Alam, Amirul Shafiq Abdul Karim, 20, berkata, program terbabit perlu diteruskan kerana banyak mendedahkan peluang dan kebaikan agro pertanian kepada peserta termasuk pelajar.

“Ia bagus untuk pelajar bagi menghadapi cabaran akan datang apabila menamatkan pengajian dan menjadi pemangkin untuk menceburi dua bidang iaitu teknikal dan pertanian.

“Usaha Kerajaan Negeri ini baik dan ia memberi banyak manfaat kepada pelajar serta generasi muda,” kata pelajar Elektronik dan Komunikasi itu.

Hasnah Habir, 25, dari Rawang yang berminat menceburi industri perikanan berpandangan anak muda dan belia perlu merebut peluang diberi Kerajaan Negeri bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

hasnah“Kerajaan Negeri membuka peluang bagus untuk generasi muda berminat menceburi bidang agro pertanian terutama di Selangor.

“Bagaimanapun usaha dibuat termasuk program perlu dijalankan secara berterusan supaya lebih ramai akan mendapat maklumat dan peluang disediakan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.