Categories
SELANGOR

Puasa bukan alasan untuk banyak rehat

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 17 JUN: Ramadan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk meluangkan lebih banyak masa berehat dan mengurangkan kualiti kerja.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mohd Azizi Mohd Zain, berkata tugas adalah satu amanah yang perlu diteruskan seperti biasa.

“Sebagai pekerja, Ramadan adalah zon perubahan yang perlu difahami dan dihayati. Alasan menjadikan Ramadan untuk berehat daripada melaksanakan tugas tidak wajar berlaku.

Puasa“Puasa sebulan menahan segala kejahatan dan seharusnya menjadi pemangkin untuk menjadi individu lebih baik selepas Ramadan,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam Majlis Penyampaian Buah Kurma dan Program Tautan Kasih Sempena Ramadan 1436 hijrah di Dewan Banquet, di sini, hari ini.

Selain pemberian buah kurma kepada kakitangan dan ahli majlis, sumbangan turut diberikan kepada warga emas yang berdaftar di bawah program pembasmian kemiskinan MBPJ.

Seramai 50 penerima terdiri daripada warga emas Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, PPR Kota Damansara, Desa Mentari dan Taman Medan menerima sumbangan RM200 dan buah kurma.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.