Categories
SELANGOR

Siap sedia hadapi El-Nino, pantau kawasan mudah terbakar

Oleh: NORHAYATI UMOR

BESTARI JAYA, 2 JUN: Persiapan bagi menghadapi fenomena El Nino yang dijangka bermula pertengahan tahun ini dipertingkatkan khususnya di kawasan mudah terbakar.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata ia menerusi pelan tindakan bagi menghadapi fenomena itu khususnya kebakaran tanah gambut di sekitar negeri.

Pelancaran Hari hutan 2015 YB Elizzabeth Wong di Hutan Raja Musa (3) (1)“Tahun ini dijangka berlaku fenomena El-Nino yang bakal melanda Asia Pasifik jadi persiapan kita hadapi fenomena ini diteruskan dan diperhebatkan,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor membelanjakan RM1.04 juta bagi membeli teknologi terkini untuk memadam kebakaran terbuka melibatkan tanah gambut, Peat Firex bagi memastikan ia dapat dikawal lebih awal sebelum merebak lebih luas.

Katanya, jawatankuasa khas diaktifkan pada bila-bila masa bersama dengan semua agensi dalam menghadapi kebakaran hutan paya gambut.

“Kita mahukan gerak kerja cepat melalui jawatankuasa ini agar dapat mengelakkan kebakaran yang lebih teruk lagi.

“Kita juga mengambil pelbagai cara antaranya memasang saluran paip air kira-kira lima kilometer untuk memudahkan kebakaran dapat dipadam.

“Kita juga membuat prosedur operasi standard (SOP) untuk memasuki kawasan kebakaran dengan cepat. Jika dibandingkan dengan tujuh tahun lepas, kita sudah lakukan banyak penambahbaikan,” katanya.

Sebelum ini, Biro Ramalan Cuaca Australia memberi amaran fenomena El Nino, yang boleh mencetuskan suhu melampau membawa maut, akan mencapai kemuncaknya tahun ini selepas bermula di Pasifik.

Ia adalah kemunculan pertama sistem cuaca itu dalam masa lima tahun.

El Nino dijangka bermula pada 2014 dan pegawai berkata ia ‘hampir terlepas’ tetapi kini melanda Pasifik buat kali pertama sejak Mac 2010 bagi tahun ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.