Categories
SELANGOR

Tingkat kerjasama majukan sukan paragliding

Oleh: NAEEM RAFFI

BANTING, 1 JUN: Agensi kerajaan dan swasta diseru bekerjasama memainkan peranan membawa sukan lasak paragliding ke tahap membanggakan seiring kemajuan negara luar.

Exco Pelancongan, Elizabeth Wong berkata usaha melahirkan jaguhan ternama di peringkat dunia tidak mustahil direalisasikan menerusi usaha dan keterlibatan atlet dalam kejohanan berkaitan.

yb eli jugra“Diseru persatuan sukan berkaitan agar bertanggungjawab menentukan prestasi sukan ini seiring dengan negara luar yang mempunyai jaguhan ternama.

“Tidak mustahil semua ini dapat dicapai kerana kita sudah terdedah dengan beberapa kejohanan di peringkat negara dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Jugra International Paragliding Accuracy Championship (JIPGAC) 2015 di Pusat Paragliding Bukit Jugra, di sini, semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali dan Pengurus Besar Tourism Selangor Noorul Ashikin Mohd Din.

Tapak acara ini juga menyaksikan beberapa siri kejohanan bertaraf antarbangsa pada 2006, 2007 dan 2008 sebelum MDKL diberi kepercayaan menganjurkan Paragliding Accuracy World Cup (PGAWC) Jugra pada 2009.

Bagi 2014, kejohanan ini ditukar kepada Jugra Paragliding Accuracy Championship dan berterusan tahun ini.

JIPGAC 2015 menyaksikan penglibatan 55 peserta dari Vietnam, Korea Selatan, Filipina, Jepun, Singapura, Hong Kong, Indonesia, Switzeland dan juga Malaysia berentap memburu tiga kategori dipertandingkan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.