Categories
SELANGOR

400 pembungkus mesra alam diedar di Bazar Kajang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 2 JULAI: Sebanyak 400 pembungkus makanan mesra alam diedarkan kepada peniaga makanan di Bazar Ramadan, Taman Delima, Batu 13 di sini, semalam.

Selain itu, bekas makanan turut diedarkan kepada orang ramai sebagai galakan untuk mereka menggunakan bekas yang dibawa dari rumah untuk membeli juadah berbuka puasa masing-masing.

ramadhan mpkj 4Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata penggunaan pembungkus mesra alam dan bekas makanan mampu mengurangkan penggunaan beg plastik.

“Beg kertas yang kita edarkan ini mudah dilupuskan berbanding plastik biasa. Diharap orang ramai menjadikannya sebagai amalan selepas ini,” katanya pada majlis pelancaran itu.

Katanya, Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji kaedah bagi meningkatkan penggunaan pembungkusan mesra alam sekitar berbanding beg plastik dalam tempoh beberapa tahun.

Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir dalam program itu dan mengagihkan bubur kacang durian kepada pengunjung bazar terbabit.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.