Categories
SELANGOR

Awalkan Solat Sunat Aidilfitri

SHAH ALAM 15 JUL :Solat Sunat Aidilfitri dilaksanakan lebih awal pada jam 8.15 pagi sekiranya 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat.
Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim berkata disarankan kepada Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau di Selangor melaksanakan solat sunat lebih awal sekiranya 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat.
“Ia diawalkan bagi membolehkan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa menjejaskan kewajipan menunaikan solat Jumaat yang jatuh pada hari yang sama.
“Ini juga membolehkan umat Islam mempunyai masa yang mencukupi untuk menziarahi sanak saudara ketika menyambut hari raya nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.