Categories
SELANGOR

Ambil langkah cegah kebakaran sebelum balik kampung

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 15 JUL: Orang ramai dinasihatkan sentiasa menitikberatkan langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah untuk pulang beraya di kampung halaman bagi mencegah berlaku kebakaran.

Pegawai Penguatkuasa Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Sungai Buloh, Mohamed Sabri A.Shamsudeen berkata, antara langkah yang perlu diambil, semua palam barangan elektrik dan lampu perlu ditutup sebelum meninggalkan rumah.

bomba 1“Semua palam perlu dicabut dan suis perlu ditutup kecuali barangan elektrik yang perlu dibuka setiap masa seperti peti ais dan juga ada sesetengah rumah yang memilik lampu penetap masa untuk cegah kecurian.

“Bagi yang guna lampu penetap masa, beli yang diluluskan SIRIM walaupun mahal sedikit tetapi dalam isu keselamatan nyawa dan harta benda kita tidak boleh berkompromi kerana kalau berlebih-lebih nak berjimat sangat nanti boleh menyebabkan kerugian yang lebih besar nanti.

“Membeli barangan tiruan walaupun murah tetapi tidak berkualiti sehingga boleh menyebabkan litar pintas sekaligus menyebabkan kebakaran,” kata Mohamed Sabri ketika ditemubual Selangor Kini di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Sungai Buloh di sini, hari ini.

Mohamed Sabri turut mengingatkan, penggunaan palam penyambung turut meningkatkan risiko berlaku litar pintas sekaligus menyebabkan kebakaran.

Kata beliau lagi, selain barangan elektrik, gas memasak juga hendaklah ditutup dan palamnya ditanggalkan bagi mengelakkan pengaliran keluar gas.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.