Categories
SELANGOR

Arab Saudi tempah 100,000 pembersih udara UNISEL

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 JUL: Pembersih udara berteknologi terkini yang dibangunkan sekumpulan penyelidik Universiti Selangor (UNISEL) dijangka mampu memberi pendapatan tambahan kepada universiti itu dan Kerajaan Negeri.

Pembersih atau electrolyzer udara berjenama Airys itu tidak menggunakan bahan kimia dan berpotensi besar untuk dipasarkan secara meluas di dalam dan luar negara.

Naib Presiden UNISEL, Profesor Dr Mokhtar Abdullah, berkata produk yang menggunakan teknologi mesra alam sekitar itu dibangunkan selepas mendapat geran bernilai RM300,000 daripada Kerajaan Negeri.

Unisel-Grafik“Walaupun electrolyzer udara ini menggunakan teknologi dan kepakaran tempatan tetapi produk ini mempunyai potensi yang besar kerana kita sudah dapat tempahan awal kira-kira 100,000 unit dari Arab Saudi.

“Selain pasaran luar negara, rangkaian sebuah hospital swasta dan beberapa kilang dalam negara juga menunjukkan minat menggunakan produk kami di premis masing-masing kerana lokasinya memerlukan udara persekitaran bersih,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Katanya, produk yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat tempatan itu dijangka memasuki pasaran selewat-lewatnya, September atau Oktober ini.

“Electrolyzer udara ini akan dijual pada harga RM1,500 seunit untuk pasaran tempatan dan antara USD1,500 hingga USD2,000 bagi luar negara,” katanya.

Prof Anuar Unisel 01Sementara itu, Presiden UNISEL, Profesor Dr Anuar Ahmad pula memberitahu, pembersih udara yang dibangunkan itu akan dipatenkan dalam masa terdekat bagi menggelakkan hak ciptanya dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

“Buat masa ini, kita tidak boleh mendedahkan terlalu banyak berkenaan produk ini sebab ia perlu dipatenkan secepat mungkin,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.