Categories
SELANGOR

mPOS permudah bayaran cukai, aplikasi terkini & selamat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 JUL: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memperkenalkan kaedah baru kutipan bayaran yang cepat, mudah dan selamat dengan menggunakan kutipan bayaran mudah alih (mPOS).

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Muhammad Azli Miswan, berkata usaha itu selaras dengan matlamat MPSJ ke arah ‘zero counter’ dan menggalakkan urusan secara atas talian.

DSC_2279“mPOS ini akan lebih memudah dan menjimatkan masa pelanggan untuk membuat urusan pembayaran di kaunter MPSJ.

“Keselamatan juga terjamin kerana transaksi pembayaran tidak melibatkan wang tunai dan maklumat dapat dikemaskini terus ke dalam sistem,” katanya dalam kenyataan media.

Muhammad Azli berkata, penggunaan peralatan mPOS juga membolehkkan pelanggan membuat bayaran kompaun terus kepada kakitangan yang bertugas di tapak.

“Bukan itu sahaja, bahkan pelanggan boleh membuat bayaran bagi pelbagai urusan seperti pembayaran cukai pintu dan sewaan premis majlis,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.