Categories
SELANGOR

Exco: Bengkel pencegahan denggi cari kaedah baru

Oleh SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM 24 JULAI: Semua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) akan terlibat bengkel pencegahan denggi bagi mencari kaedah baru memerangi wabak itu.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Daroyah Alwi, berkata Kementerian Kesihatan dan Pejabat Kesihatan Daerah turut sama menyertai bengkel pada 27 hingga 29 Julai ini.

“Pakar kesihatan akan memberi pelbagai penerangan berkaitan denggi sekali gus mencari alteratif sesuai pada bengkel itu,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada masa ini, beliau berkata, Kerajaan Negeri dan semua PBT meneruskan gerakan aktiviti pencegahan denggi pada Ramadan dan cuti musim perayaan.

“Langkah sama juga dijalankan sama sewaktu kes denggi menurun, tetapi akibat cuaca dan musim yang berubah-ubah menyebabkan ia meningkat,” katanya.

Daroyah berkatan, antara kawasan lain yang menjadi punca pembiakan ialah kawasan kampung di pinggir bandar dan tapak pembinaan.

“Kita juga menjalankan operasi bersepadu bagi membendung peningkatan kes denggi selain mengurangkan risiko jangkitan,” katanya.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.