Categories
NASIONAL

BERSIH 2.0 anjur himpunan desak Najib letak jawatan

SHAH ALAM, 29 JULAI: Satu perhimpunan akan dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 29 dan 30 Ogos ini bagi mendesak Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Himpunan keempat oleh gabungan itu akan dianjurkan serentak di tiga kawasan berasingan antaranya Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

PC Bersih (3)Tuntutan BERSIH 2.0 dalam himpunan itu adalah untuk membersihkan pilihan raya, kerajaan, menyelamatkan ekonomi dan menyatakan hak membantah.

“Najib mengambil pelbagai tindakan yang boleh bagi melindungi rasuah dan dengan keras menolak harapan rakyat demi keadilan dan integriti.

“Beliau sudah pun hilang kelayakan untuk terus berada di pejabatnya,” kata Pengerusinya, Maria Chin Abdullah pada satu sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Himpunan itu akan bermula pada jam 2 petang (29 Ogos) dan berakhir pada keesokan harinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.