Categories
SELANGOR

Premis makanan wajib pasang perangkap gris menjelang 2016

Oleh: NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 29 JULAI: Semua premis makanan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diwajibkan memasang perangkap gris atau minyak pada singki tempat mencuci, Bermula 2016.

Yang DiPertuanya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata syarat itu diketatkan bagi mengelakkan saluran tersumbat dan kotor seterusnya mengundang kehadiran tikus.

Katanya, kegagalan mematuhi syarat terbabit akan menyebabkan premis boleh diambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Establisymen Makanan MPSJ 2007.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (1)“Ia akan diwajibkan dalam syarat perlesenan restoran dan akan diperketatkan di semua premis.

“MPSJ akan membuat pengesahan terhadap pemasangan ini sebelum meluluskan pembaharuan dan permohonan lesen perniagaan bagi tahun 2016,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Penuh Bulanan, di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata, pihaknya juga akan membuat pemantauan di tapak dari semasa ke semasa bagi memastikan keperluan itu dipatuhi.

“Manakala, Effluen tercemar dari saluran paip ke longkang di hadapan dan belakang premis boleh dikenakan tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPSJ 2007.

“Selain Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 atau Undang-Undang Kecil Perlesenan Establisymen Makanan MPSJ 2007,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.