Categories
SELANGOR

Elizabeth: Awas sebaran status palsu Low Yat

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 JUL: Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong menafikan beliau memuat naik status di Twitter berhubung insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat.

Dalam satu kenyataan hari ini Elizabeth menegaskan status berkenaan adalah palsu dan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama beliau.

11694153_10153287308650379_6131058216294134904_n“Saya dimaklum pada tengahari ini bahawa satu status Twitter palsu membabitkan nama saya sedang disebarkan di media sosial. Status palsu tersebut dikaitkan dengan insiden di Low Yat.

“Saya telah memberhentikan penggunaan akaun Twitter saya sejak beberapa bulan dahulu. Setakat ini, saya juga tidak menulis apa-apa kenyataan dalam akaun Facebook saya tentang Low Yat,” katanya yang akan memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Twitter berkenaan menyebut ‘Upahan UMNO menyerang Lowyat utk mencetuskan kekacauan bg menutup isu 1MDB. Sy akan di Low Yat jam 12tgh utk menyokong peniaga yg jujur’.

Beliau turut meminta orang awam berkongsi maklumat tentang sumber penyebaran status palsu ini untuk diberi kepada pihak berkuasa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.