Categories
SELANGOR

‘Fast track’ cerai: Kaunseling dahulu, elak sengketa, penderaan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 JUL: ‘Fast track’ perceraian dibangunkan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mampu mengelak berlaku kes penderaan semasa proses perceraian berlaku.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Yang Amat Arif Mohd Na’im Mokhtar berkata, selain itu ‘fast track’ itu bagi mengelakkan pasangan terlibat bersengketa sesama mereka.

mahkamah-syariah“Sebenarnya kalau dahulu, walaupun kita terima permohonan perceraian sama-sama setuju itu tetapi tetap makan masa hingga 90 hari proses.

“Dalam tempoh 90 hari itu banyak perkara berlaku, contohnya ada berlaku penderaan dalam tempoh itu walaupun kedua-dua setuju.

“Walaupun niat asal sama-sama bersetuju bercerai secara baik pada hari sama tetapi dengan sebab ditangguhkan, berlaku perubahan kepada hubungan pasangan yang sama dengan persengketaan,” kata Mohd Na’im.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pelancaran Proses Kerja ‘Kes Cerai Fast Track’ di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah di sini, hari ini.

Tambah Mohd Na’im, pasangan terlibat juga dipastikan sudah menjalani sesi kaunseling perkahwinan terlebih dahulu sebelum membolehkan mereka mengemukakan permohonan cerai melalui ‘fast track’.

‘Fast track’ perceraian dibangunkan JAKESS bertujuan memendekkan tempoh masa penyelesaian kes cerai dengan talaq yang difailkan secara persetujuan bersama daripada 90 hari sebelum ini kepada enam jam.

Tempoh ini adalah bermula permohonan difailkan sehingga pengeluaran perintah bertulis yang dikeluarkan mahkamah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.