Categories
SELANGOR

MB: Jangan percaya UTUSAN, tiada rombakan Exco Selangor

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 29 JULAI Tiada rombakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sedia ada di sebalik konflik antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat (Pakatan).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tiada keperluan berhubung perkara itu dan pentadbiran Kerajaan Negeri berjalan seperti biasa.

invest 2“Tidak ada rombakan, tidak perlu,” katanya ringkas pada Majlis Rumah Terbuka Invest Selangor di Hotel Concorde, di sini, hari ini.

Mengulas kenyataan PAS bahawa mereka akan meninggalkan PKR jika parti itu menyertai pakatan pembangkang bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB), beliau berkata tidak dimaklumkan berhubung perkara itu.

Beliau secara sinis turut meminta orang ramai tidak terkeliru dengan laporan akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia yang melaporkan perkara itu.

“Kita tidak dimaklumkan, itu hanya laporan Utusan Malaysia.

“Kita tidak pernah percaya kenyataan Utusan, ya betul (itu kenyataan Datuk Haron Din) tetapi dilaporkan Utusan Malaysia. Apa yang dilaporkan Utusan jangan percaya,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.