Categories
NASIONAL

Muhyiddin: Tunggu keputusan ketua whip, tiada hasrat jadi Pengerusi PAC

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 JULAI: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan akur kepada pendirian ketua whip parti itu di Parlimen.

Beliau yang secara rasmi gugur sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) mulai hari ini enggan mengulas lanjut pendiriannya jika terdapat usul berkenaan.

“Saya tak tahu usul undi tidak percaya akan diadakan di Parlimen, ia cuma hipotetikal. Sehingga perkara itu diadakan, kita kena tunggu.

muhyiddin1“Sebagai ahli parti yang bertanggungjawab, maka saya akan buat keputusan berdasarkan ketua whip dalam Parlimen,” katanya dalam sidang medi di kediamannya di Bukit Damansara, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan barisan kabinet baru yang menyaksikan Datuk Seri Zahid Hamidi menggantikan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.

Peralihan itu didakwa mempunyai kaitan rapat dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengaitkan Najib.

Menjawab sama ada beliau sedia menggalas tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Muhyiddin berkata, tidak berhasrat mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Nur Jazlan Mohamed itu.

“Saya selesa dengan keadaan sekarang. Biar ia diusul pihak tertentu di Parlimen,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin turut mendedahkan beliau hanya diberitahu penggugurannya daripada kabinet sejam sebelum pengumuman rasmi oleh Najib.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.