Categories
SELANGOR

MBI tunai Zakat Perniagaan RM2.5 juta

Oleh : NAEEM RAFFI

BUKIT JELUTONG 7 JUL: Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) menunaikan Zakat Perniagaannya berjumlah RM2.5 juta yang diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Shahrafuddin Idris Shah.

Pegawai Eksekutifnya, Raja Shahreen Raja Othman menyerahkan zakat itu di Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Majlis Tengku Ampuan Jemaah di sini, semalam.

Sultan ZakatDalam majlis itu, Zakat Perniagaan turut diserahkan Sime Darby Property Berhad yang diwakili Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakke Salleh berjumlah RM1 juta.

Sementara Jakel Shah Alam diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berjumlah RM420,000.

Turut diraikan pada majlis itu ialah 53 asnaf fakir, 241 asnaf miskin dan 150 asnaf mualaf dengan masing-masing menerima sumbangan RM500.

Sementara 150 anak yatim setiap seorang menerima RM100.

Hadir sama pada majlis itu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Husin Mohd Ali.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.