Categories
NASIONAL

Jelajah Ramadan Peduli Rakyat ke Pantai Timur

Oleh : NAEEM RAFFI

GOMBAK, 7 JUL: Program Jelajah Ramadan Peduli Rakyat ke Pantai Timur anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar memulakan seri jelajahnya hari ini.

Bermula di Gombak, dua lori 10 tan dengan kekuatan 10 sukarelawan bakal mengagihkan 1,200 pek bantuan ramadan ke tiga negeri pantai timur.

JelajahHari ini rombongan menuju ke lokasi pertama iaitu Temerloh dan kemudian Kuantan, Pahang.

Program ini kemudian dijadualkan menerjah ke Kuala Terengganu, Terengganu pada hari kedua sebelum ke Machang Kelantan.

Jelajah sejauh 850 km ke pantai timur itu bakal menamatkan sirinya ke Gua Musang.

Ketua program, K.Gunasekaran berkata inisiatif penganjuran program ini diambil bagi membantu meringankan beban rakyat yang saban hari terbeban dengan ekonomi semasa.

“Kita sudah menerjah ke utara dan selatan tanah air, membantu meringankan beban selain memberi mesej Kerajaan Selangor sentiasa peduli rakyat biarpun diluar lingkungan negeri.

“Hari ini, kita membawa khabar gembira kepada rakyat miskin di tiga negeri pantai timur dengan harapan bantuan ini memberi kegembiraan dan kelapangan untuk menyambut Aidilfitri nanti,” katanya kepada Selangor Kini.

Program Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat ini menerjah 31 lokasi bermula di wilayah utara, selatan dan terakhir ke timur bermula 2 hingga 9 Julai ini.

Sebanyak 5,000 pek agihan ramadan diagihkan sepanjang program lapan hari ini berlangsung.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.