Categories
NASIONAL

Mendapan KLIA2 patut diselesai segera elak bahaya

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 JUL: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai digesa segera selesaikan isu mendapan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) secepat mungkin.

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, Kementerian Pengangkutan dilihat lemah apabila gagal menyelesaikan masalah yang mula dibangkitkan di Dewan Rakyat sebelum pembukaannya pada Mei 2014.

KLIA mendapMalah, katanya, laporan siasatan, Independent Audit Committee yang sepatunya diumumkan pada Jun lalu sehingga kini masih tiada khabar berita.

“Umumkan laporan siasatan tersebut dengan serta merta untuk memulihkan keyakinan para penumpang domestik dan antarabangsa tentang keselamatan mereka.

“Selepas tiga insiden nahas kapal terbang, Malaysia tidak berupaya lagi melengah-lengahkan masalah keselamatan penerbangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, menerusi laporan Bloomberg, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Asia, Aireen Omar melahirkan kebimbangan mendapan KLIA2 menyebabkan kelewatan jadual penerbangan serta membahayakan keselamatan.

Mengulas lanjut, Tze Tzin yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru berkata, pihak kementerian juga dilihat lemah dan tunduk kepada Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB).

“MAHB mengubah Pelan Induk KLIA2, ingkar arahan kementerian untuk selesaikan masalah mendapan sejak tahun lepas, malah tiada pengawal selia penerbangan di MAHB.

“Lebih setahun menjadi Menteri Penagngkutan, beliau tidak boleh lemah dan memberi pelbagai alasan.

“Rakyat tertunggu-tunggu melihat apakah kemampuan beliau menyelesaikan masalah serius ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.