Categories
NASIONAL

Najib ‘ganggu’ siasatan, selepas AG giliran Zeti?

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 JULAI: Keputusan membiarkan Datuk Seri Najib Razak terus bertugas sementara siasatan skandal 1MDB dijalankan satu kesilapan besar hingga menyebabkan lima individu dalam kabinet digugurkan dan Peguam Negara ditamatkan perkhidmatan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, berkata ia jelas apabila Najib dilihat mampu menganggu siasatan dengan mencantas pihak tertentu apabila mendapati siasatan skandal 1MDB tidak memihak kepada beliau.

“Beliau kena bercuti ketika siasatan tetapi sebaliknya kekal berkuasa. Jika Perdana Menteri dapati siasatan tidak memihak kepada beliau, tentu pihak terlibat akan diambil tindakan.

tian chua pc pkr 01“Nampaknya dalam isu ini, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak tunduk kepada kehendak orang politik. Awalnya, kita jangka beliau bersara pada Oktober tetapi Najib bertindak dahulu dengan memberhentikan Abdul Ghani lebih awal.

“Selepas ini, dijangka pergi kepada Gabenor Bank Negara (Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz) dalam masa terdekat,” kata Tian Chua kepada Selangor Kini, hari ini.

Satu pasukan khas bagi menyiasat skandal 1MDB ditubuhkan yang dianggotai Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Bagaimanapun, perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai lalu walaupun beliau akan bersara wajib, pada 6 Oktober ini.

Selain itu, siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap skandal sama turut terganggu apabila Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan dua anggotanya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Mas Ermieyati Samsul terpaksa meletakkan jawatan masing-masing selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam rombakan kabinet semalam.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.